Monday, April 7, 2008

DINDING

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN DINDING

Dalam membuat pembinaan dinding atau tembok pada sesuatu binaan bangunan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum pembinaan dilakukan , antaranya ialah:

1. Pemilihan bahan-bahan:

Pemilihan bahan –bahan yang akan digunakan dalam pembinaan dinding adalah

sangat penting kerana ia akan mempengaruhi fungsi-fungsi yang terdapat pada

dinding . Antara bahan – bahannya :

(a) Kayu

Kayu banyak digunakan untuk membina rangka dan papan dinding. Kayu

terbukti sebagai bahan dinding yang sangat baik dari segi ketahanan, keselesaandan kecantikkan. Dinding berangka kayu banyak digunakan sebagai dindingsekat dalam pembinaan berangka konkrit. Jenis kayu digunakan untuk membinadinding ialah cengal, meranti, keruing, dammar minyak dan sebagainya. Kayucengal sesuai dibina di tempat cuaca yang panas dan sejuk. Meranti pula sesuaiuntuk segala pembinaan di dalam bangunan.


(b) Logam:

. Digunakan sebagai rangka ataupun pelapisan (cladding) dalaM pembinaan dinding. Dalam pembinaan dinding sekat untuk pejabat dan dalam bangunan perindustrian,rangka ini boleh didapati manakala pelapisan logam pula didapati di gudang ,berek tentera dan beberapa jenis bangunan perindustrian. Jenisnya terdiri daripada aluminium , besi bergalvani, keratan keluli guling ,bentuk keluli bergelek dan sebagainya

(c) Konkrit bertetulang:

Digunakan untuk pembinaan tembok seperti tembok empangan,

tembok kolam, tembok bangunan di bawah aras bumi dan tembok

penahan. Konkrit tetulang ini dihasilkan menggunakan acuan dan

dan diawet sebelum dipasang.

(d) Bata:

. Bata ialah bahan pembinaan tembok yang meluas digunakan dalam segala

pembinaan. Tembok yang dibina dengan bata berupa tembok bata elok dan

tembok bata dilepa.

(e) Blok simen atau konkrit:

Bata ialah bahan pembinaan tembok yang meluas digunakan dalam segala

pembinaan. Tembok yang dibina dengan bata berupa tembok bata elok dan

tembok bata dilepa.

Selain itu, terdapat juga bahan-bahan seperti kaca , papan gentian, papan keras, blok kaca yang digunakan untuk membina dinding dan tembok untuk mendapatkan kesan yang istimewa.

12.0.6 TEKNIK-TEKNIK DALAM BINAAN

Pelbagai teknik telah diperkenalkan dalam pembinaan dinding. Antaranya :

Pembinaan dinding kayu

Pembinaan dinding kayu melibatkan dua proses iaitu :

a) Pembinaan rangka kayu


Dinding jenis ini boleh didirikan sebagai rangka bangunan kayu ataupun dinding

sekat yang berasingan. Kaedahnya diubah mengikut keadaan. Satu rangka

mempunyai tiang tegak,tutup tiang,alas tiang,stad,belebas dan rembat yang

didirikan dengan kukuh. Kebanyakan sambungan antara bahagian-bahagian kayu

disambung secara temu dan dipakukan serong dan menggunakan tanggam

tertentu.


b) Pemasangan penutup kayu

Ia mestilah memenuhi syarat –syarat berikut:

i. berdaya menanggung beban sendiri.

ii. memberi rintangan kepada resapan air hujan.

iii. berupaya menanggung tekanan angina yang positif dan negatif.

iv. merintang kemasukan angina.

v. menebat cuaca(panas dan sejuk).

vi. berupaya menebat bunyi.

vii. merintang kebakaran.

viii. bukaan yang cukup untuk cahaya dan udara .

ix. saiz yang sesuai.

Penutup menggunakan papan jalur ataupun papan tindih kasih untuk dinding luar manakala penutup dinding dalam pula, dikemaskan dengan menggunakan papan jalur ,papan panel dan papan gentian seperti kepingan asbestos, papan lapis, papan gypsum, papan serpih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home