Sunday, April 6, 2008

CONCRETE

CIRI-CIRI KONKRIT

Konkrit dihasilkan daripada bancuhan simen,pasir, batu baur kasar dan air. Dalam kerja pembinaan , konkrit yang telah disediakan ditempatkan dalam acuan yang berbentuk struktur tertentu dan dibiarkan mengeras . Konkrit selalunya digunakan untuk membuat asas,tiang,lantai,tembok rasuk dan bumbung.


Konkrit banyak digunakan kerana mempunyai cirri-ciri yang baik. Antaranya ialah :

-Konkrit mengeras dengan kehadiran air. Ianya penting dalam pembinaan terutamanya dalam pembinaan asas.

-Konkrit tidak berkarat atau reput. Tahan kepada serangan anai-anai atau serangga lain.

-Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk mengikut acuannya. Ia juga mudah dikerjakan jika dibancuh dengan nisbah yang sesuai.

-Tahan panas dan tidak mudah terbakar.

-Bahan-bahan untuk membuat konkrit mudah didapati dan murah.

-Konkrit tahan lasak

-Konkrit mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi

Kualiti konkrit dipengaruhi perkara-perkara berikut :

-Kualiti bahan-bahan yang digunakan

-Nisbah bancuhan

-Penggredan batu baur

-Amaun air yang digunakan

-Cara memampatkannya setelah ditempatkan dalam acuan.


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KONKRIT

SIMEN

Simen adalah bahan yang aktif manakala pasir dan batu baur merupakan bahan lengai . Simen adalah bahan yang mengikat pasir dan batu baur untuk menjadikan konkrit yang padat. Simen mengalami tindak balas kimia apabila bercampur dengan air. Simen akan melekatkan pasir dan memenuhi lompang-lompang diantara batu-batu baur kasar dan menjadikan ia padat.

Antara simen yang dikilangkan ialah simen portland biasa , simen cepat mengeras , simen lebih aluminia , simen putih , simen berwarna dan lain-lain. Simen portland biasa paling kerap digunakan dalam pembinaan. Simen

ini akan mengeras secara biasa dan dijual dalam beg kertas dalam berat 50kg. Simen cepat mengeras pula digunakan dalam pembinaan yang memerlukan masa yang singkat seperti pembinaan dalam air dan membaiki jalan raya. Simen putih dan simen berwarna digunakan dalam kerja hiasan sperti memasang jubin, membuat kepingan terazo dan sebagainya .

BATU BAUR

Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang biasanya digunakan dalam membuat konkrit. Batu baur perlu digredkan saiznya. Batu baur yang tidak melebihi 5mm dikategorikan sebagai batu halus. Batu baur kasar pula bersaiz antara 5mm hingga 50mm. Jenis batu yang digunakan ialah batu keras sperti granit.

Sifat batu baur

Batu yang digunakan untuk membuat konkrit perlu memounyai sifat-sifat berikut :

:Kekuatan dan ketahanlasakan

:Saiz butir batu

:Saiz maksimum bagi batu kasar hendaklah mematuhi mana yang lebih kecil

:Tidak boleh melebihi ¼ tebal minimum anggota struktur

:Hendaklah 5mm kurang daripada jarak diantara dua tetulang utama bagi :Konkrit bertetulang rasuk dan tiang.

:Hendaklah 5mm kurang daripada tebal konkrit kulit (concrete cover) yang minimum.

:Bentuk butir batu

:Batu baur yang berbentuk bulat,tidak sekata (irregular) , berkeping

(flaky), bersegi tajam (angular) dan lain-lain.

:Batu baur yang panjang dan berkeping memerlukan nisbh air yang lebih tinggi

berbanding batu baur yang berbentuk bulat.

:Batu baur yang berbentuk bulat,tidak sekata dan bersegi tajam lebih sesuai

menghasilkan konkrit yang baik berdasarkan kesan nisbah air- simen ke atas

kekuatan konkrit.

:Tekstur permukaan batu

:Batu baur yang permukaan kasar akan menghasilkan konkrit
yang lebih kuat berbanding batu baur yang permukaan licin.Batu baur yang licin pula memberi kesenangan semasa bancuhan konkrit dan kekuatan ikatan yang rendah.

:Ketidaktelapan

- Sifat ketidaktelapan penting dalam pembinaan struktur seperti kolam dan

tangki air.

- Kelengaian terhadap bahan kimia

- Batu baur yang mempunyai sifat ini tidak bertindak balas dengan bahan kimia

seperti pencuci lantai.

Menggredkan batu kasar

Tujuan penggredan adalah untuk menjamin kemampatan konkrit apabila dibancuh dengan pasir , air dan simen. Lompang-lompang diantara batu-batu kasar hendaklah diisi oleh batu-batu yang kecil supaya mampat. Proses penggredan batu-batu baur kasar mempengaruhi kekuatan konkrit. Ia juga mempengaruhi kesenangan ketika membancuh konkrit. Penggredan yang sesuai untuk konkrit biasa ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Ayak (sieve)

Peratus melalui ayak

Saiz batu yang telah digredkan

37mm -5mm

18mm-5mm

12mm-3mm

37mm

30-100

100

-

18mm

30-70

95-100

100

12mm

-

-

90-100

10mm

10-35

25-55

40-85

5mm

0-5

0-10

0-10


AIR

Terdapat 3 peranan air dalam bancuhan konkrit :

  1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan cara menyeluruh.
  2. Air memudahkan kerja pembancuhan
  3. Air merupakan agen tindak balas kimia untuk mengikat semua butir batu baur dalam konkrit.

Air yang digunakan untuk membancuh konkrit perlulah bersih dan tidak mempunyai sebarang kotoran.Air yang mempunyai garam akan mengurangkan kekuatan konkrit dan menyebabkan permukaan berperoi.

Jumlah air yang diperlukan untuk membancuh konkrit adalah berdasarkan kepada nisbah air-simen yang dikehendaki. Secara amnya purata air yang diperlukan ialah 125 hingga 144 liter per meter padu (21-24 gelen per ela padu) bagi bahan kering.

Jika air digunakan lebih daripada had yang sepatutnya , kekuatan dan ketumpatan konkrit akan berkurang . Konkrit akan retak apabila mengecut. Air yang terlalu kurang pula menyebabkan bancuhan konkrit susah dikerjakan dan proses penghidratan tidak sempurna.

NISBAH CAMPURAN KONKRIT

Nisbah yang biasa digunakan ialah 1:2:4 (simen,batu baur kasar dan pasir), 1:3:6 dan 1:5:10 mengikut tempat dan kegunaanya. Bancuhan 1:2:4 digunakan dalam banyak jenis pembinaan memuaskan speperti pembinaan asas, lantai, tiang,rasuk ,tembok baik dalam konkrit biasa dan konkrit bertetulang. Nisbah 1:5:10 kurang kuat digunakan dalam konkrit tapak (site concrete) yang ditempatkan pada tapak asas dan sebagainya. Konkrit jenis ini tidak berupaya menerima tegasan tegangan. Nisbah 1:1½ :3 digunakan dalam konkrit bertetulang yang memerlukan kekuatan dan ketahanlasakan yang lebih dalam pembinaan rasuk dan tiang.


Contoh kegunaan konkrit mengikut nisbah bancuhannya adalah disenaraikan seperti jadual berikut :

Nisbah bancuhan

Kegunaan

1:1½:3

1:2:4

1:3:6

1:5:10

Konkrit tegas-dahulu,tangki air dll

Konkrit tetulang bagi tiang,rasuk

Lantai,konkrit jasad dll

Tapak tembok bagi peparit tanah keras,tapak konkrit di bawah lantai gantung

3 Comments:

At July 27, 2009 at 1:21 AM , Blogger Azizul said...

kalau nisbah bancuhan konkrit 1:2:4, berapa nisbah air simen?

 
At June 11, 2010 at 1:01 AM , Blogger knight said...

a1 bahagian bermakna 1 kaki padu kotak yang dibuat dengan papan...
jadi bahagian air ialah 1 kaki padu.
buat kotak saiz 1*1*1 dgn papan....so itu lah yang di maksudkan ...

 
At January 21, 2020 at 6:19 AM , Blogger mataterang said...

T kasih banyak dgn maklumat yg sangat berguna

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home