Monday, April 7, 2008

KONKRIT

6.0.1 KONSEP KONKRIT BERTETULANG ( REINFORCED CONCRETE )

Konkrit biasa berupaya menanggung tegasan tekanan dengan berkesan. Apabila bahagian binaan mengalami tegasan tegangan seperti yang berlaku pada tiang, rasuk, lantai atas dan lain-lain lagi, denagn mencantumkan besi atau keluli yang mempunyai keupayaan menanggung tegasan tegangan ke dalam konkrit tersebut.

Kedudukan keluli itu direka supaya bersama-sama konkrit, berdaya menyokong segala tegangan dan juga tekanan yang dialami oleh bahan binaan tersebut. Keluli ini merupakan tetulang konkrit. Beberapa jenis keluli boleh digunakan sebagai tetulang kepada konkrit, antaranya ialah:

1. Keluli lembut (mild steel ) yang berbentuk bulat atau empat persegi.

2. Bar berbunga ( deformed bar )

3. Tetulang anyaman ( BRC steel fabric )

4. Dawai keluli tegangan tinggi ( high tensil wire )

Tetulang keluli yang digunakan itu hendaklah ditempatkan di dalam konkrit dengan cara teratur mengikut rekaan yang tertentu. Tetulang utama ialah keluli yang berfungsi menaggung beban dan pencekak ialah keluli yang digunakan untuk menetapkan kedudukan tetulang utama. Tetulang utama hendaklah dibentuk supaya menghasilkan pegangan yang kukuh dengan bancuhan konkrit.

Pembentukan ini biasanya dibuat pada kedua-dua hujung bar keluli lembut secara bercangkuk. Dalam kerja amali cangkuk bulat memerlukan ukuran tambahan sepanjang 16 kali diameter bar ( 16 D ) dan cangkuk L pula memerlukan ukuran tambahan 8 kali diameter bar ( 8 D ) . Ukuran tambahan ini membolehkan pembentukan di buat dengan mengikut panjangnya. Apabila bar berbenga digunakan, pembentukan tidak perlu dibuat.

Jarak diantara dua tetulang utama mestilah tidak kurang daripada diameternya, atau 25 mm, atau saiz batu baur yang terbesar ditambah 6 mm mengikut mana yang besar. Jika tetulang ini disusun berlapis-lapis, jarak bersih yang minimum diantara lapisan ialah 12 mm. Jarak ini boleh ditetapkan dengan menggunakan bar penjarak ditempatkan berjarak 1 meter di antara satu sam lain semasa tetulang ini dirempatkan.


6.0.2 PRINSIP BINAAN BERANGKA

Kebanyakkan bangunan yang dibina sekarang menggunakan konkrit bertetulang untuk membina tiang, rasuk dan lantainya meninggalkan temboknya diisi dengan bata atau papan kayu. Cara pembinaan seperti ini dinamakan binaan berangka. Pembinaan ini diguanakan kerana ciri-ciri kelebihan konkrit bertetulang dalam rekaanya.

Pembinaan sesebuah bangunan bermula daripada asasnya, diikuti dengan tiang, rasuk, papak lantai dan rangka bumbung. Bahagian-bahagian binaan ini boleh direka melalui teori anjal 9elastic theory ) ataupun teori plastic (plastic theory ) dengan mengambil kira tegasan tegangan dan takanan pada tiap-tiap bahagian binaan tersebut. Tegasan-tegasan ini adalah dihasilkan oleh beban yang ditanggung. Beban ini terdiri daripada beban mati, beban hidup dan beban angina.

1. Beban mati – Terdiri daripada berat tembok, dinding sekat, lantai dan bumbung, termasuk segala binaan kekal dalm bangunan.

2. Beban hidup – Terdiri daripada segala beban selain beban mati. Alat-alat, gerobok, penghuni, dan lalu lintas adalah merupakan beban hidup.

3. Beban angin – Tegasan yang dihasilkan oleh angina kepada bangunan. Beban ini berubah mengikut kelajuan tiupan angin.

Dalam proses mereka binaan berangka, adalah dianggap bahawa segala tegasan tekanan hendaklah ditangumg oleh tetulang dan segala tegasan tekanan pula ditanggung oleh konkrit. Berdasar kepada anggapan ini semua beban termasuk beban mati, beban hidup dan beban angina hendaklah ditanggung oleh rangka yang dibuat dengan kinkrit bertetulang dan diagihkan ke atas asasnya.

Boleh dikatakan bahawa semua tembok atau dinding sekat yang didapati di dalam binaan kerangka terdiri daripada tembok tidak tanggung beban.

Dalam pembinaan berangka, saiz tiang, tembok dan rasuk dapat. Pemilihan reka bentuk dapat dipelbagaikan kerana konkrit bertetulang berupaya menaggung tegasan-tegasan tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home